Monday, May 23, 2016

Apa khabar ?

Hari hari aku bertanya pada diri

Apa khabar kekasih ?

Kelam dunia bila aku hilang punca mengenai khabar kamu

Dan aku mula bertanya betul ke apa yang aku lakukan ini?

Kalau betul kenapa aku sakit ?

Kalau betul pasti aku tenang

Kalau betul kenapa aku terlalu selalu memikirkan kamu ?

Apa khabar kekasih?

Hari hari aku mengharapkan ada message dari kamu

sekadar bertanya , "Apa khabar?"

Tapi mustahil bukan

aku yang memutuskan , bukan kamu

Apa khabar kekasih?

Moga kau tenang dan bahagia
walaupun aku belum bersedia untuk menerima kebahagiaan kamu
 kerana aku harapkan akulah kebahagiaan kamu
biarpun aku yang menyakiti kamu
Moga kau masih boleh teruskan hidup
biar dalam kesakitan
kerana aku masih selalu diburu rasa bersalah.

No comments:

Post a Comment